Bayangkan la, jalan JB kuantan tu mana ade highway, dah tentunya takde rest area. Bile mak aku yang tetiba cacing kepanasan bila aku cakap penumpang cuma 4-5 org, terus die suruh aku SMS no plat bas tu kot2 kalau ape2 terjadi kat aku. Mane aku nak tahu no plat bas tu? xberani nak tanya driver tu takut2 mmg die betul org jahat, pastu die tipu aku no plat bas die kan. Tiba2 idea menjelma..aku cakap dengan driver tu aku nak terkencing. Pastu boleh la aku turun tengok no plat bas tu. Bijak kan?
Malangnya, die berhenti kat tepi jalan. Aku terus panik? aku tanye: "kat mane toilet?"...sekali die tunjuk ke arah hutan. Oh, rupe2nye ade satu restoran kat tepi jalan sebelah hutan tu...suspens je.Aku pn turun bas menuju ke arah hutan (restoran tu la...) sambil menjeling no plat bas tersebut. Yess..dapat! Xde niat pn nak g toilet die. Tapi tiba2 betul2 nak terkencing. Restoran tu lebih berupa pusat dangdut (sbb die pasang lagu dangdut yang telah ditelan zaman) dan agak menakutkan org2 di situ. Bile aku masuk toilet die...ya Rabbi..pintu pn xde kunci...sangat scary yo...terpakse gak masuk dan selesaikan hajat. Pastu abis sudah! cecepat blah walaupun ade perasaan bahawa ade org sedang mengintai! abis citer..tu cerita setahun yang lepas. aku dah selamat pn sampai kuantan masa tu.
Ni sebenarnya nak cerita pasal aku naik bas kat india ni. Cerita bermula bila aku seawal jam 6 pagi telah bertolak ke Kashmere Gate Bus Station (ISBT Kashmere Gate) untuk naik bas dari Delhi menuju ke YamunaNagar. Pengalaman ni mmg scary merry you...awal2 pagi aku dah tggu pakcik orto hantar dari hotel ke Kashmere Gate. Sebenarnye dah janji dengan pakcik orto A (bukan nama sebenar) sejak semalam sbb pakcik tu aku dah kenal.Nampak baik dan pemurah. Semalamnye tu die yang tunjukkan aku camne nak amik bas, siap bagi servis tour guide percuma you bila die secara rela terangkan tempat2 sejarah yang kami lintas on the way ke Kashmere Gate tu.Anyway, malangnya pagi tu pakcik A lambat seminit, dah ade pakcik B (tentunya bukan nama sebenar juga) yang dah terus cop aku dulu. Sedih je muka pakcik A bile aku melintas depan die bersama pakcik B (sile bayangkan seperti filem hindustan tu ye...).
Ni kisah aku dengan pakcik B. Dalam seawal jam 6 pagi tu, pakcik B bawak aku naik orto die dengan lajunya. Sangat la menakutkan sbb die bawak ke lorong gelap celah2 bangunan yang mana jalan tersebut amat berlainan dari yang pakcik A tunjukkan aku semalam. Pakcik A bawak aku ikut jalan highway, bukan jalan sunyi camtu. dalam hati maybe jalan short cut kot dan of course sunyi sebab awal pagi sangat. Di kaki2 lima mmg banyak org bergelimpangan tidur. Masa tu baru nak abis winter. Mesti dorg sejuk sangat tidur kat kaki lima tu. Ada yang dah bersiap2 masak utk berniaga. Jalan pula agak berlopak. melantun lantun aku dibuatnya. Dalam hati hanya berdoa moga2 diselamatkan dari segala musibah. Masa tu la wirid zikir xberhenti2....mmg takut giler. Tapi muka maintain garang...xde cuak okay!

Ni la taxi/orto yang dimaksudkan...
Akhirnya selamat jua aku sampai ke Kashmere Gate. Lega sangat. Actually dalam hati mmg dah terdetik pakcik2 orto ni sebenarnya xde la jahat sbb dorang sangat berusaha utk cari rezeki. Awal2 pagi dah bangun cari pelanggan dan pelancong adalah sangat dihormati memandangkan sumber pendapatan negara adalah 70% daripada kegiatan pelancongan. Then, aku pn bergegas ke kaunter YamunaNagar dengan lajunya sbb mmg dah tahu lokasi kaunter di mana walaupun setitik pun xde tulis tulisan rumi. semuanya simpul2 tulisan india tu. Ni semua jasa pakcik A tu la. Tengah beratur, ade pulak pakcik C yang beratur beli tiket sama dengan aku. So, aku pn ikut die pergi menuju ke bas sbb tidaklah aku cam mana satu bas yang menuju ke YamunaNagar (lagi, tiada tulisan rumi ye...). Bas tu sangat buruk. Lebih buruk dari bas mini yang sentisa diselaputi habuk2 kotaraya Kuala Lumpur. Kemik2 badan bas tu. Tiba2 aku x jadi ikut pakcik tu naik bas bila pakcik tu beriya suruh aku naik bas. Ragu2 takut pakcik C tu tipu aku, pastu culik aku. Bile sorang mamat yang sama2 beratur ngan aku mase beli tiket tadi naik bas yang sama, baru la aku yakin yang bas tersebut menuju ke YamunaNagar. Gile double checking la...hahaha

Camni la lebih kurang gambaran rupa sebenar dalam bas tersebut...
Dalam bas pakcik C tu ajak aku duduk sebelah die. Aku geleng je lantas tanpa menoleh, aku duduk selang 3-4 baris dari pakcik C tu. Langkah keselamatan la kunun. Selang 2-3 minit, tiba2 segerombolan india muslim dari segenap usia masing2 memikul sepemeluk guni naik bas. Dorang pakai baju punjabi putih dan songkok putih. Ade yang muda belasan tahun (hensem2), dan ada yang dalam lingkungan 60-an (biase2 je). Aku agak maybe tuk guru bersama murid2nya nak pergi ber-tabligh. Dalam guni tu aku nampak ade beg (sempat curi2 intai mase die bukak jap). Mereka dengan penuh tenaga menyumbatkan diri dan guni2 mereka memenuhi bas tersebut. Aku panik sekejap. Pakcik C sekali lagi panggil aku.."ayea betty..@@@++&*^%%#^"..itu je la yang aku ingat kata2 die sambil die malambai tangan ajak aku dduk sebelah die. Aku pn bangun dduk sblah die sbb takut tengok makin ramai org memenuhi seat yang tidak boleh diturunkan tempat sandarnya tu.

Bangsa ini, selagi ade ruang yang bisa membawa mereka dari A ke B, selagi itulah....
Dalam bas pak cik tu ajak aku borak dalam bahasa hindi. Aku sengih je. Lepas beberapa minit die diam. Give up la tu. Padan muka...hehehe...Setiap kali sampai tempat perhentian, die akan bgtau yang station tu bukan YamunaNagar. Pastu die bgtau berapa kilomater atau barapa jam lagi nak sampai. 4 jam pertama, jalan die okay la. Highway, tapi x berapa besar. 2 lanes je. Tiba2 lepas 4 jam, masuk jalan tanah merah satu lane je. Berjoget2 bas tu. sekali lagi aku melantun2. Menurut Pakcik C tu, perjalanan ade 2 jam lagi dengan jalan x semenggah tu. Tafsiran aku je la biile die cakap ape ntah sambil sengih2 dan menunjukkan dua jari die. Penumpang pula makin penuh bila bas tu 2 kali berhenti kat bus station utk amik penumpang lagi. Tetap mereka nak sumbat. Aku xpernah terbayang bas ekspres ade orang berdiri.
Aku agak YamunaNagar tu kampung sangat la sebab dalam pemerhatian aku, penumpang dari Delhi hensem2 (jarang nampak perempuan ye dalam bas tu. Cuma aku dengan sorang awek yang ditemani oleh boyfriend die). Bile penumpang dari station ke-2 dah kurang sikit hensemnye (lagi, tiada penumpang perempuan). Masuk station ke 3, aih, stok yang tak boleh blah. Tak hensem + bising dengan bahasa yang lain dari bahasa Hindi + busuk bau ketiak. Memang pakej yang lain. Seingat aku, bau tu xde di Delhi. Kat Delhi cuma bau bunga die tu je.
Aku bengang sbb mamat yang diri sebelah aku tu bau ketiak die pekat gile. You all tau je la kan, bile berdiri, ketiak mesti open yo! Tahan je la dalam kepiluan. Paling sedih bile dalam pada bas tu melantun2, beg mamat yang diri sebelah aku pun melantun dari tempat letak beg kat atas kepala aku tu menuju ke sasaran yang tepat iaitu kepala aku. Terkesima sekejap. Sakit giler kepala aku. Rase teraniaya sangat. Pakcik C pn gaya seorang bapa penyayang terus bangun dan menjerit kepada mamat ketiak busuk tu. Mamat tu x berani letak beg die kat atas tu lagi. Terpaksa la die peluk beg die yamg berat tu dalam sempit2 tu. Tersenyum puas aku.

Gambaran situasi kejadian yang sadis itu...

Dan rasa sakitnya...seperti ini!
Bila sampai ke destinasi seterusnya, pakcik C tu pn bangun. Aku cuak sebab macam belum sampai, tapi die dah nak turun pulak. Sebelum die turun, die pesan kat aku jangan turun lagi, belum sampai YamunaNagar. Aku agak je la sbb die geleng2 sambil lambai2 tangan die tu. Okay, fine. Now aku panik. Dah xde tempat bergantung. Terbayang kepayahan yang bakal menjelma bile aku sampai di YamunaNagar yang x pernah aku sampai sebelum ini. Dan tika itu aku bukanlah berada di Malaysia, tapi di India!
Masalahnya, aku dah semakin ngantuk...lebih 5 jam perjalanan aku cuma terlelap sikit2 je. Maklumla, bangun awal giler. Tiba2 je ade orang kejut cakap dah sampai ke destinasi akhir. Aku gelabah...station akhir? Tapi YamunaNagar ke? aku tanye pakcik yang kejutkan aku tu...die angguk. Ok, betul la kot. Station tu mmg xde tulisan rumi. Semua tulisan India tu. Station die agak buruk. Ke hulur ke hilir aku seret beg aku. Nasib baik bawak satu beg je. Lain2 barang aku tinggalkan kat hotel aku di Delhi dengan sepenuh kepercayaan kepada pihak hotel tu walaupun tuan punya hotel buruk tu muke macam ketua samseng.
Pusing punya pusing carik public phone, xjumpe. Last2 aku g kaunter tanye public phone. Die x boleh cakap english. Tapi die paham kot bile aku cakap telephone atau die paham gaya aku tunjuk bahasa isyarat tu kan...so die pn bgtau la mana public phone. Dalam bahasa Hindi tentunya. Tapi aku paham okay. Intuisi aku kuat sangat. Entah2 pakai 7th sense kot. hahaha...Tapi malangnya telefon tu rosak. Bukan public phone yang macam kat Malaysia pakai syiling tu. Tapi telefon rumah yang diikat kat atas meja. Aku pn x paham. Last2, hasil daripada meklumat orang awam kat sekitar tu dan mengikut tafsiran yang aku buat using my 7th sense, aku masuk satu kedai handphone dan akhirnya dapat la aku guna khidmat telefon berbayar dalam kedai tu.
Last2 dapat gak aku call pihak pengurusan conference. Tu pun lepas aku passing telefon kat mamat hensem sebelah aku mase tu. Then aku terus dibawa ke hotel dan terus mendapat layanan yang kelas gitu selepas itu...hahah..India mmg the best!