Wednesday, June 23, 2010

Bila orang pelupa suke termenung...

Pernah tak anda, dalam keadaan kesibukan yang melampau, tiba2 tersedar diri yang anda sedang termenung rupanya. Dan apabila anda cuba ingat2 kembali apa yang anda menungkan, tidak muncul sama sekali ingatan tersebut dalam kotak memori anda sungguhpun anda telah menggoncang-goncangkan kepala anda beberapa kali.

Inilah yang sedang berlaku ke atas diri ini sebentar tadi. Kusut fikiran sebab eksperimen tidak berjaya lagi tertunda sehingga minggu hadapan. Kemudian di'warning' pula oleh supervisor dan lab-mate supaya study itu dan ini. Kena selesaikan pula masalah2 yang tertunda di Malaysia dan dibawa pula ke Jepun ini. Akhirnya blank sebab tak tahu nak mula dari mana. Mungkin dalam pada waktu itu otak ni langsung tak berfungsi (eh, pandai2 je...dah macam orang mati la pulak). Sebab memang tak ingat langsung dok pikir ape tadi.

Bila tersedar diri, tengok sekeliling semua orang sedang menyibukkan diri dengan urusan masing2. Rase2 memang tak pernah tengok orang jepun dok termenung dalam lab atau pejabat sini. Kalau dalam train pun, mesti membaca atau main handset/game. Terasa diri ini sorang saja yang selalu membuang waktu. Sudah la banyak kerja2 tertunggak, lagi mau layan blog ni. Waaa....letih la dengan hidup niii!!!!....

Sunday, June 20, 2010

Sok ade presentation..
present pasal malaysia je pun
xde kene mengena ngan research...

Pening gak dok pk
nak present pasal ape ek?
present depan international students
plus budak2 jepun

kalau ngan org jepun
best citer pasal ape ek?
teringat abang aku, die byk kawan2 arab
suke la die citer malaysia ade hujan...banyak pokok..
melopong la pak2 arab tu

kalau ngan org jepun...
citer malaysia senantiasa summer
ok gak kan?
summer all the times
takyah pk pasal outer coat
leh bergaya macam2 fesyen
boleh berendam dalam sungai lama2
boleh terjun laut bila2 masa
xyah pk pasal heater and water heater..
menghijau sepanjang masa....

......

Wednesday, June 16, 2010

Belajar dari kesilapan

Satu je masalah kat jepun nih..org jepun selalu la nak perfect je...tu yang buat gelabah kalau terbuat salah...kat jepun je tau..kat Malaysia rasa2 tak la gemuruh camnih...selama sebulan setengah dok buat eksperimen kat lab, dah berapa banyak kesilapan2 yang tak logik terjadi. Tertekan tau! Tu yang nekad jugak nak balik Malaysia 3 minggu...

Dah la silap, result tak berapa elok. Hari terakhir sebelum balik pun dok stay kat lab sampai 11 malam buat experiment di samping membaiki dan mencuci mane2 alat yang saya dah lunyaikan...soknya jam 6 pagi nak kejar bas ke airport...

Actually..kisah yang nak disampainya begini..balik je dari percutian, didapati alat2 lab yang ditinggalkan dalam keadaan paling elok telah kembali kepada keadaan lunyai dan rosak seperti sebelumnya...dalam hati tersenyum sorang2...ade jugak orang yang buat salah macam aku..hihihi...boleh detect sape yang wat salah tu sebab ade 3
orang je yang pakai lab tu..hati bertambah riang bila supervisor lak bagitau result experiment terakhir tu not so bad...yey!

Pengajaran..kalau anda buat silap, bukan anda sorang saja yang buat silap. Jika anda orang pertama yang membuat kesilapan itu, bermakna ada orang yang kedua...ketiga... dan seterusnya...so, janganlah sedih sangat

p/s ...hihii..asik tersenyum je hari ni...terbayang perasaan orang yang
buat kesilapan itu...mesti sama macam masa mula2 aku buat silap jugak..tau kenapa? sebab kesilapan itu adalah kesilapan paling bodoh sekali...hihihhi..tension tau
kalau terbuat!

Monday, June 14, 2010

Perokok memang kejam...

Over sikit tajuk di atas itu..bukan ape..tetiba terbakar je bace paper tadi..perokok dalam lingkungan 50-an bersama 2 rakannya dalam lingkungan 40-50an membelasah penolong pegawai kesihatan, 25 thn kerana mengeluarkan notis kompoun kerana merokok di kawasan larangan merokok iaitu di sebuah surau di dalam hospital, ekoran operasi kesihatan yg dibuat.

Geram sangat...dah la merokok, merokok di kawasan larangan merokok lagi, rokok dalam surau pulak tu, pastu belasah orang pulak. berganda2 kesalahan. Kadang pelik la, sesetengah tu lepas solat je terus merokok..apakah mereka2 ini tidak faham apa yang dibaca dalam solat...'kami dengar dan kami taat', sama maksudnya dengan mengikut perintah Tuhan untuk menjaga tubuh badan yang dikurniakan oleh Tuhan dan bertanggungjawab kepada keluarga, sahabat, dan masyarakat seluruhnya.

Memanglah terjemahan ayat itu tak menyebut 'jangan merokok'..tapi kan memang kalau merokok boleh membahayakan kesihatan..bukan sikit, banyak tau. Bukan sahaja kepada perokok itu sendiri, malah kepada orang sekeliling yang menghidu asap rokok tersebut. Bukak sahaja keluarga kita, malah keluarga orang lain juga turut menanggung akibatnya. Jika ia membahayakan tubuh kita, so tak boleh la merokok tu...nape dok isap gak? Dan kenapa dok jual jugak di Malaysia ni.

So, kesimpulan, memang rokok itu ade sihir la...sihir dajjal tu...susah sangat nak terima hidayah..hanya Tuhan sahaja yang boleh bantu...

Bukan xde cara nak berhenti merokok ni,ade sebenarnya...kalau kita yakin puncanya, iaitu sihir dajjal itu. So, ubatnya adalah zikir...bila2 dan di mana2...bila terasa nak rokok je..cepat2 capai tasbih yang di bawa ke mana2...the facts behind that? mudah je...

1. mulut kita tak henti2 dok zikir dan tangan dok pegang tasbih...so xde cara nak rokok kan? kalau boleh pegang tasbih dengan dua2 belah tangan...
2. zikir tu boleh dekatkan diri kita dengan Tuhan..kalau Tuhan dekat dengan kita, takkan la Dia nak biarkan kita dalam kerosakan.
3. Zikir memang ubat sihir...sihir camne? Bukan lah maksud sihir tu mesti meracau2 macam kene rasuk tu, kalau dah lalai dengan Tuhan hingga langgar perintah-Nya tanpa rasa berdosa ataupun seboleh2nya menafikan yang itu adalah perbuatan yang dilarang, maka samalah macam kene sihir. So, zikirlah ubatnya.

Tuhan, aku bermohon pada-Mu
aku merayu pada-Mu
Engkaulah yang Maha Pengasih
Engkaulah yang Maha Penyayang
Engkaulah yang Maha Pengampun
Engkaulah penerima taubat...

Indoor Air Quality and Environmental Tabacco Smoke

Menarik! sangat menarik! Menurut Berita Harian 13 jun 2010, satu kajian dari UPM telah mengesahkan kajian Indoor Air Quality (IAQ) yang dibuat mendapati paras Enviromental Tabacco Smoke (ETS) partikel terampai di ruang legar pejabat yang mempunyai bilik merokok mencatatkan bacaan 2.5 microgram permeter padu. Kadar itu adalah tinggi berbanding ruang pejabat yang biliknya ditutup atau diubahsuai menjadi surau.

Negara2 maju seperti UK dan USA telah meluaskan larangan merokok di dalam bangunan. Malah, menurut seorang kenalan dari Scotland, beliau yang merupakan perokok tegar sangat gembira tinggal di Jepun kerana masih bebas merokok di luar bangunan berbanding di negara beliau, UK yang mana merokok di kawasan umum sekalipun di luar bangunan adalah dilarang.

Pengalaman di Hawaii tahun lalu, perkara pertama yang diingatkan adalah larangan merokok di dalam bangunan dan kawasan orang ramai. Jika arahan dilanggar, kemungkinan kami akan ditangkap dan didenda. Ini jelas perkara ini diambil serius demi kepentingan orang awam (dan kepentingan duit belanja pelancong).

Di Jepun, tahun lalu, satu tindakan drastik diambil oleh kerajaan jepun larangan merokok di semua stesen keretapi. Bayangkan, sungguh pun sebelum itu di stesen keretapi, disediakan tempat khusus untuk merokok, tetap kerajaan berusaha untuk menyelamatkan rakyatnya yang tidak bersalah dari menanggung penderitaan akibat perbuatan orang2 yang tidak berhati perut itu. Tapi semuanya hanya dilakukan bilamana kualiti udara mereka sudah menjadi sangat2 tercemar!

Jika kita bandingkan dengan Malaysia, jauh sekali perbezaannya. Tiga minggu di Malaysia sehingga kelmarin, diperhatikan masyarakat kita kurang prihatin. Jelas kelihatan bilamana seorang bapa dengan selamba merokok di tengah orang ramai sambil memimpin tangan anaknya dan bergandingan dengan isterinya (andaian sahaja...nampak macam sekeluarga gayanya). Malah, jika di kawasan orang ramai, asap rokok setiasa dihidu di mana2 kecuali di dalam kedai2 di dalam mana2 shopping compleks.

Kesimpulannya, Malaysia perlu mangambil tindakan drastik sebelum kualiti udara kita tercemar yang amat.

(Terfikir2...apakah perasaan si perokok bila membaca artikel2 yang memberi amaran dan kesedaran akibat merokok...jika x memberi kesan..maka benarlah kata orang, rokok mengandungi sihir..yang menghitamkan hati2 si perokok sehingakan ditutup dari hidayah)

Sunday, June 13, 2010

what makes me strong...?
what makes me strong...?
what makes me strong...?
what makes me strong...?

only God knows better
huh...letihnye...