Seingat aku, kecik2 memang suke sangat baca novel Kelab Nuri tu. Siap jadi ahli. Komik2 dari jepun dan china memang penuh bawah katil abang aku. Rak buku ayah aku yang selalu bersepah tu, ape je yang tak menarik bagi aku. Cerita kamal Atartuk? Syiah? Somalia? Saddam Hussein? sume aku baca seawal usia sekolah rendah lagi. Masuk sekolah menengah dan seterusnya U, beralih ke novel cinta dan majalah hiburan. Bila dah makin matang kat U, nak muntah baca novel cinta. Beralih pulak kat novel triller (Ramli Awang Murshyid semestinya yang the best).
Pastu memandangkan penulis tempatan utk siri triller x berapa cukup, beralih pulak ke novel english...suke la dengan Stieg Larsson, Sidney Sheldon, dan John Grisham. Banyaknya buku2 tersebut dihabiskan bagi mengisi masa terluang dalam train mase tggal di Tokyo dulu. Lembab sikit la nak abiskan buku english ni kan.
Pastu rase sia2 je masa baca buku2 tu, beralih pula ke buku2 ilmiah dan sejarah dunia. Rasa seolah2 macam satu kewajipan, beli la buku sirah nabi konon utk menambahkan lagi kecintaan kepada Nabi kita SAW... start dari itu la, nak abiskan satu muka pn susah...pastu banyak fakta kan. xpernah la ingat semua itu.Buku2 ilmiah yang lain pn baca separuh2 je. Bukan tak minat, tapi malas. Rupa2nya bukan masalah minat membaca, tapi masalah kecintaan kepada ilmu.
Ow, sebenarnya nak cerita pasal antologi cerpen; Biarkan aku jadi org Palestin. seingat aku, tahun ni belum pernah lagi beli novel. Cerpen apatah lagi. Sedar2 je, bekalan buku yang aku ade semua dah abis baca. Tinggal la buku cerpen tersebut yang dah sebulan lebih aku beli tapi belum pernah nak baca lagi. Baru cerpen pertama,'Mujahid kecil' abis aku baca, dah banjir aku dibuatnya. Penulisannya yang sebanyak 10 muka itu agak ringkas, tapi amat terkesan dan sangat infomatif. Mengingatkan kita erti syukur, erti perjuangan, erti kehidupan...dan macam2 lagi. Sangat beremosi kalau nak dikupas di sini. Masuk cerpen ke dua; Biarkan aku jadi orang palestin, memang teresak-esak la..cerpen yang ke 3 pulak..korang baca sendiri la...
Tahniah buat JIMedia dan Karisma kerana telah menerbit dan menyelenggarakan antologi yang hebat ini. Buku terbitan tahun 2008 ini membuktikan kasih saudara sesama Islam dan kesungguhan utk berjuang bersama2 saudara2 kita di bumi Palestin.Memang tak dapat dinafikan, berjuang melalui pena pun mampu mengubah hati2 manusia yang hitam dan keras. Ia mampu menginsafkan dan menggerakkan hati kita utk terus mendoakan di samping muhasabah diri. Mudah-mudahan Tuhan limpahkan rahmat ke atas hamba-Nya yang terus berjuang demi agama-Nya...amin...