Monday, March 29, 2010

Mother Farm picnic

Semalam pergi ke Mother Farm. Hajat nak tengok ternakan dan aktiviti pertanian yang dikomersialkan. Dalam fikiran memang da terbayang aktiviti di kebun bunga, petik strawberry, perah susu lembu dan tentunya menunggang kuda…

Tapi semalam, selpas lebih kurang 2 jam perjalanan dengan menaiki Toyota Mark X kak Nafisa, ditambah lagi setengah jam sebelum itu menaiki keretapi dari Tsukuba ke Kashiwa dan manjadi penunggu Eskimo di stesen keretapi selama sejam untuk dijemput oleh Mark X, turun pulak hujan rintik2 dan suhu menjadi sangatlah sejuk. Tiba di Mother Farm pun sudah agak lewat, hampir jam 2 petang. Dan yang tak seronoknya tempat tu tutup jam 5 petang. Ditambah lagi musim sejuk, siangnya agak pendek.

Tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan. Menonton pelumbaan itik, persembahan haiwan2 ternakan, dan berkelah makan bekalan yang pelbagai di bawa. Kak Nafisa bawa nasi beriyani...waw...memang best!

Hajat hendak menunggang kuda tidak kesampaian sebab mahal sangat. 4000yen (~RM150)…mahal yang teramat. Itu pun untuk 40 minutes sahaja! Di UTM, Cuma RM20 untuk tempoh 1 jam. Bungee Jumping pun mahal yang teramat untuk ketinggian bangunan tiga tingkat. Ah! Setakat lompat dari atas kerangka buruk tu, baik tak payah. Jepun segala-galanya mahal. Hilang mood nak berekriasi di hari minggu,

Nasib baik ade Canon Kiss X3 yang baru….dapat gak amik gambar dengan cantek sekali…sungguhpun begitu…amat mengecewakan sbb tidaklah kelihatan segerombolan lembu2 mahupun seladang strawberry kerana kekangan masa…paling mengecewakan, sakura tak keluar lagi…uwaaaa…..

Tapi tetap seronok sebab dapat jumpe kawan2 and konvoi beramai2 di jalan raya. Best dan memang best. Ni yang gatal nak bli kereta ni….








Friday, March 26, 2010

Lab Farewell Party

Hari ni mengantuk betul di dalam lab. Sebab malam tadi tak tidur langsung. Bukan tak ngantuk malam tadi, tapi sebab siangnya dah tidur banyak. Tidur banyak sebab malam sebelumnya tidur lewat balik dari jamuan perpisahan pelajar2 master lab group kami yang baru graduate semester lepas.

Majlis perpisahan agak kasual dengan dihadiri ahli2 daripada Coating Materials Group. Makanan agak banyak. Tapi malangnya yang boleh dimakan cuma sushi, telur rebus dan salad. Yang lain semua makanan berasaskan ayam dan daging. Air pulak Cuma ada air teh. Yang lain semuanya arak. Benar2 party yang membosankan. Nasib baik banyak juga jajan2 yang boleh dimakan.

Dalam majlis tu, ada sesi penyampaian hadiah sebagai tanda penghargaan kepada supervisor mahupun kepada rakan sejawat. Diperhatikan, mereka akan terus membuka hadiah sebaik sahaja sesi penyampaian hadiah selesai dan menunjukkan hadiah tersebut di khalayak hadirin. Bagaimanapun, salah seorang pelajar junior perempuan, Sugaya-san telah menghadiahkan ‘sesuatu’ kepada Yasui-san, seniornya (lelaki) yang baru graduate itu beserta dengan surat. Agak kecoh bila Dr. Kuroda, Managing Director kami menyuruh Yasui-san membuka hadiah dan membaca surat tersebut di kalayak ramai. Apa lagi…menjerit kerasukkan la minah ittew!..hahaha….

Tapi, dorang memang tak segan nak bagi hadiah yang tidak seberapa pun. Seronok je bila kawan tu tunjukkan pemberiannya yang tidak seberapa itu di hadapan hadirin. Yang penting ikhlas. Tapi hari tu lupa pulak nak bawak key chain Malaysia yang banyak lagi dalam stok tu. Rugi je terlepas peluang nak promote Malaysia. Ade key chain keris Malaysia lagi. Sesuai sangat hadiah untuk ‘gambatte’. Mungkin lain kali boleh Insya-Allah.

Sebelum makanan...majlis dibuka dengan sorakan 'kampaiiiii'...Bismillah...


Ah! makananku di sebelah arak.....


Sugaya-san tersipu2 bagi surat kepada Yasui-san


Hadiah daripada Managing Dirrector-tie


Itka, awek cezh republic dan pelajar junior yang baru masuk lab kami

Wednesday, March 24, 2010

Majlis menyambut pelajar baru

Malam tadi ada majlis menyambut kedatangan pelajar junior Tsukuba Universiti yang baru sampai pagi tu. Salah seorang daripada pelajar buat jemputan mengejut untuk makan2 dalam majlis tu di Tsukuba Universiti sambil berkenalan dengan warga Malaysia di Tsukuba. Memang menarik jemputan mengejut ni. Dalam pada semua orang bergotong royong masak untuk majlis, kita tak perlu sediakan apa2 tanpa rasa bersalah…hehehe

Agak ramai dengan kehadiran kanak-kanak kepada dua pelajar yang telah berkeluarga. Empat pelajar junior baru sampai di mana budak2 ni lahir tahun 90-an…ah! Terasa diri ini sudah tua…..Tapi yang penting makanan sangat sedap. Lebih-lebih lagi sudah agak lama tak makan enak-enak semenjak dapur tidak berasap ekoran stove yang lama adalah untuk jenis gas yang berbeza dengan rumah baru ni. Malam tadi memang dpat tidur dengan enak sekali...

Itulah suasana di perantauan....walau hanya datang seorang dua dari Malaysia memang sangat diraikan. Lebih-lebih lagi di Tsukuba yang agak terasing dari bandar Tokyo dengan dihubungi oleh keretapi Tsukuba Ekspress yang sangat mahal itu.


Friday, March 19, 2010

Sakura

Musim bunga dah masuk...sakura pun dah mula nak keluar...2-3 minggu lepas plum blassom. Di tsukuba, beberapa kawasan dah menampakkan warna pink bunga sakura di sana sini termasuklah dalam kawan lad NIMS. Ramalan cherry blassom ni boleh dilihat di http://gojapan.about.com/od/cherryblossom/a/sakuraforecast.htm


Memang pemandangan yang sukar dilepaskan. Sangat cantik dan menyedapkan mata memandang. Sepatutnya Ahad esok cadang untuk ke MotherFarm. Terpaksa tangguh sebab ade member yang tiada kelapangan. Apa2 hal...sesiapa yang berminat nak jejalan ke sini...layarilah...http://www.motherfarm.co.jp/en/

Persembahan budaya Jepun

Minggu pertama di Tsukuba memang bertuah kerana kebetulan sabtunya ada Smile Fair; Smile Music Hour 2010. Ade persembahan kebudayaan...Rugi rase sebab tengok persembahan sorang2. Tiada kawan yang boleh terjemahkan persembahan2 tu. Dan tak bawa kamera pulak...sebab kebetulan keluar merayap ke Pasaraya Dayz Town petang tu.

Mula2 ade persembahan ala2 Hawaii. Memang tak dapat dinafikan org Jepun sangat taksub dengan Hawaii terutama bila mereka ade kawasan tropika sendiri di kepulauan Okinawa. Sehinggakan 40% daripada pasangan jepun telah memilih Hawaii utk berbulan madu. Dan Waikiki beach adalah kubu tumpuan mereka bilamana hampir semua pemamdu pelancong boleh berbahasa Jepun. Paling tidak sapaan Ohayo Gozaimasu (good morning) atau Konnichiwa (hello/good day/ good afternoon). Tahun lepas, seminggu di hawaii bersama rakan2 jepun yang lain, didapati mereka tidak mempunyai masalah bahasa di sana sungguhpun mereka tidak boleh berbicara inggeris memandangkan segala papan tanda ditulis di dalam kanji termasuklah tanda amaran di tapak binaan.

Tarian Hawaii dipersembahkan oleh makcik2 (kiri) dan anak2 gadis (kanan)


Sambung balik cerita pasal persembahan budaya jepun tadi. Dah abis 2-3 tarian hawaii, ade pulak persembahan puppet. Sayang tak pahan ape jalan ceritanya. Tapi dari gerak geri pelakon, sangat jelas jalan cerita berteraskan kisah cinta teruna dara, percintaan yang ditentang, ade adengan bercumbu dan bunuh membunuh. Memang tidak lari dari dongeng barat. Satu lagi pengaruh barat dalam budaya orang Jepun.



Seterusnya persembahan tarian tradisional Jepun. hmmm...memang sangat jepun. Semua langkah tarian adalah terlalu mudah dan ringan menonjolakan gerak lembut wanita jepun. Sehinggakan salah seorang penari telah menari secara solo dengan persembahan yang begitu menarik sehinggakan ia tidak ubah seperti penari patung untuk kotak muzik (versi jepun). Sebab walaupun dengan tarian yang ringan, gerak langkahnya sendiri mampu menyanyikan lagu muzik tersebut. Cewwah! itulah konsep kotak muzik! betul tak? hihihi...tak tahu la...macam betul kan...tapi fatwa tu hanya rekaan semata-mata....



Dah selesai makcik2 tu menari, sampai le ke persembahan terakhir dari seorang lelaki gagah perkasa si pemukul gendang (sebenarnya terlepas beberapa persembahan yang lain sebab masuk ke dalam pasaraya untuk membeli belah dan jajan2 untuk sambung menonton). Kelakar sebab di sebelah gendang yang paling besar, terletak bekas untuk derma barangkali. Memandangkan ia ditulis dalam bahasa Jepun, buat2 tidak faham sahaja....hihihi...Memang menarik persembahannya dengan aksi2 pelawak. Yang ni pn memang sangat Jepun.



Tidak dapat dinafikan, persembahan kebudayaan memang seronok. Tapi lebih best kalau dapat belajar budaya itu sendiri...cerita di sebalik persembahan...maksud di sebalik cerita...dan seterusnya nilai yang tersirat....

Basikal di jepun...

Basikal di Jepun adalah kenderaan kegemaran. Mudah, murah, dan selamat. Selamat sebab pemandu kereta diwajibkan memberi keutamaan kepada pejalan kaki dan penunggang basikal selain terlalu sedikit kes kecurian di Jepun.

Minggu lepas, semasa hendak pulang dari lab menaiki basikal sambil bergayut dengan Kak Nep di telefon, terasa kelainan pada basikal tersebut dimana bunyi basikal agak kurang serasi dan tidak sejiwa. Terus berhenti dan dibelek sebentar basikal tersebut. Basikal warna merah dah betul. Tapi mengapakah bakul basikal bentuk lain? Ade tempat letak payung lagi...Ah, basikal orang lain! Tapi, mengapakah...???...hummm...

Buka kunci basikal tadi memang tiada masalah langsung. Bermakna ada kemungkinan kunci basikal anda boleh digunakan pada basikal lain. Dengan pantas berpatah balik ke lab dan nasib baik basikal sendiri masih lagi berada di tempat yang sama. Cepat2 tukar basikal sebelum orang tuduh mencuri. Tapi sejak akhir2 ni, macam perasan basikal itu ade kunci tambahan sebagai back up barangkali. Apakah....???....

Di Malaysia...hummm...Pengalaman semasa kecil, 2-3 kali kehilangan basikal. Paling menyakitkan bila basikal yang dipinjam dari sepupu lesap sekelip mata ketika singgah di sebuah kedai buku untuk meninjau keluaran terkini komik kegemaran. Memang tak selamat la di Malaysia….kecurian sangat berleluasa.

Mungkin kerana bila rasa berTuhan tiada, makan tidak terlintas bahawa Tuhan Maha melihat....jika masyarakat kafir boleh dibentuk jiwanya untuk tidak mencuri, jiwa yang diisi dengan rasa berTuhan tentulah lebih2 lagi. Didoakan suatu hari nanti masyarakat Malaysia akan menjadi masyarakat yang mempunyai rasa berTuhan supaya Negara menjadi makmur...Insya-Allah.


basikalku (kiri) dan basikalnya (kanan). Sempat amik gambar sebelum guard datang!