Tapi semalam, selpas lebih kurang 2 jam perjalanan dengan menaiki Toyota Mark X kak Nafisa, ditambah lagi setengah jam sebelum itu menaiki keretapi dari Tsukuba ke Kashiwa dan manjadi penunggu Eskimo di stesen keretapi selama sejam untuk dijemput oleh Mark X, turun pulak hujan rintik2 dan suhu menjadi sangatlah sejuk. Tiba di Mother Farm pun sudah agak lewat, hampir jam 2 petang. Dan yang tak seronoknya tempat tu tutup jam 5 petang. Ditambah lagi musim sejuk, siangnya agak pendek.
Tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan. Menonton pelumbaan itik, persembahan haiwan2 ternakan, dan berkelah makan bekalan yang pelbagai di bawa. Kak Nafisa bawa nasi beriyani...waw...memang best!
Hajat hendak menunggang kuda tidak kesampaian sebab mahal sangat. 4000yen (~RM150)…mahal yang teramat. Itu pun untuk 40 minutes sahaja! Di UTM, Cuma RM20 untuk tempoh 1 jam. Bungee Jumping pun mahal yang teramat untuk ketinggian bangunan tiga tingkat. Ah! Setakat lompat dari atas kerangka buruk tu, baik tak payah. Jepun segala-galanya mahal. Hilang mood nak berekriasi di hari minggu,
Nasib baik ade Canon Kiss X3 yang baru….dapat gak amik gambar dengan cantek sekali…sungguhpun begitu…amat mengecewakan sbb tidaklah kelihatan segerombolan lembu2 mahupun seladang strawberry kerana kekangan masa…paling mengecewakan, sakura tak keluar lagi…uwaaaa…..
Tapi tetap seronok sebab dapat jumpe kawan2 and konvoi beramai2 di jalan raya. Best dan memang best. Ni yang gatal nak bli kereta ni….
No comments:
Post a Comment