Wednesday, March 24, 2010

Majlis menyambut pelajar baru

Malam tadi ada majlis menyambut kedatangan pelajar junior Tsukuba Universiti yang baru sampai pagi tu. Salah seorang daripada pelajar buat jemputan mengejut untuk makan2 dalam majlis tu di Tsukuba Universiti sambil berkenalan dengan warga Malaysia di Tsukuba. Memang menarik jemputan mengejut ni. Dalam pada semua orang bergotong royong masak untuk majlis, kita tak perlu sediakan apa2 tanpa rasa bersalah…hehehe

Agak ramai dengan kehadiran kanak-kanak kepada dua pelajar yang telah berkeluarga. Empat pelajar junior baru sampai di mana budak2 ni lahir tahun 90-an…ah! Terasa diri ini sudah tua…..Tapi yang penting makanan sangat sedap. Lebih-lebih lagi sudah agak lama tak makan enak-enak semenjak dapur tidak berasap ekoran stove yang lama adalah untuk jenis gas yang berbeza dengan rumah baru ni. Malam tadi memang dpat tidur dengan enak sekali...

Itulah suasana di perantauan....walau hanya datang seorang dua dari Malaysia memang sangat diraikan. Lebih-lebih lagi di Tsukuba yang agak terasing dari bandar Tokyo dengan dihubungi oleh keretapi Tsukuba Ekspress yang sangat mahal itu.


No comments:

Post a Comment