Friday, March 26, 2010

Lab Farewell Party

Hari ni mengantuk betul di dalam lab. Sebab malam tadi tak tidur langsung. Bukan tak ngantuk malam tadi, tapi sebab siangnya dah tidur banyak. Tidur banyak sebab malam sebelumnya tidur lewat balik dari jamuan perpisahan pelajar2 master lab group kami yang baru graduate semester lepas.

Majlis perpisahan agak kasual dengan dihadiri ahli2 daripada Coating Materials Group. Makanan agak banyak. Tapi malangnya yang boleh dimakan cuma sushi, telur rebus dan salad. Yang lain semua makanan berasaskan ayam dan daging. Air pulak Cuma ada air teh. Yang lain semuanya arak. Benar2 party yang membosankan. Nasib baik banyak juga jajan2 yang boleh dimakan.

Dalam majlis tu, ada sesi penyampaian hadiah sebagai tanda penghargaan kepada supervisor mahupun kepada rakan sejawat. Diperhatikan, mereka akan terus membuka hadiah sebaik sahaja sesi penyampaian hadiah selesai dan menunjukkan hadiah tersebut di khalayak hadirin. Bagaimanapun, salah seorang pelajar junior perempuan, Sugaya-san telah menghadiahkan ‘sesuatu’ kepada Yasui-san, seniornya (lelaki) yang baru graduate itu beserta dengan surat. Agak kecoh bila Dr. Kuroda, Managing Director kami menyuruh Yasui-san membuka hadiah dan membaca surat tersebut di kalayak ramai. Apa lagi…menjerit kerasukkan la minah ittew!..hahaha….

Tapi, dorang memang tak segan nak bagi hadiah yang tidak seberapa pun. Seronok je bila kawan tu tunjukkan pemberiannya yang tidak seberapa itu di hadapan hadirin. Yang penting ikhlas. Tapi hari tu lupa pulak nak bawak key chain Malaysia yang banyak lagi dalam stok tu. Rugi je terlepas peluang nak promote Malaysia. Ade key chain keris Malaysia lagi. Sesuai sangat hadiah untuk ‘gambatte’. Mungkin lain kali boleh Insya-Allah.

Sebelum makanan...majlis dibuka dengan sorakan 'kampaiiiii'...Bismillah...


Ah! makananku di sebelah arak.....


Sugaya-san tersipu2 bagi surat kepada Yasui-san


Hadiah daripada Managing Dirrector-tie


Itka, awek cezh republic dan pelajar junior yang baru masuk lab kami

No comments:

Post a Comment