Minggu lepas, semasa hendak pulang dari lab menaiki basikal sambil bergayut dengan Kak Nep di telefon, terasa kelainan pada basikal tersebut dimana bunyi basikal agak kurang serasi dan tidak sejiwa. Terus berhenti dan dibelek sebentar basikal tersebut. Basikal warna merah dah betul. Tapi mengapakah bakul basikal bentuk lain? Ade tempat letak payung lagi...Ah, basikal orang lain! Tapi, mengapakah...???...hummm...
Buka kunci basikal tadi memang tiada masalah langsung. Bermakna ada kemungkinan kunci basikal anda boleh digunakan pada basikal lain. Dengan pantas berpatah balik ke lab dan nasib baik basikal sendiri masih lagi berada di tempat yang sama. Cepat2 tukar basikal sebelum orang tuduh mencuri. Tapi sejak akhir2 ni, macam perasan basikal itu ade kunci tambahan sebagai back up barangkali. Apakah....???....
Di Malaysia...hummm...Pengalaman semasa kecil, 2-3 kali kehilangan basikal. Paling menyakitkan bila basikal yang dipinjam dari sepupu lesap sekelip mata ketika singgah di sebuah kedai buku untuk meninjau keluaran terkini komik kegemaran. Memang tak selamat la di Malaysia….kecurian sangat berleluasa.
Mungkin kerana bila rasa berTuhan tiada, makan tidak terlintas bahawa Tuhan Maha melihat....jika masyarakat kafir boleh dibentuk jiwanya untuk tidak mencuri, jiwa yang diisi dengan rasa berTuhan tentulah lebih2 lagi. Didoakan suatu hari nanti masyarakat Malaysia akan menjadi masyarakat yang mempunyai rasa berTuhan supaya Negara menjadi makmur...Insya-Allah.

basikalku (kiri) dan basikalnya (kanan). Sempat amik gambar sebelum guard datang!
No comments:
Post a Comment