Friday, March 19, 2010

Persembahan budaya Jepun

Minggu pertama di Tsukuba memang bertuah kerana kebetulan sabtunya ada Smile Fair; Smile Music Hour 2010. Ade persembahan kebudayaan...Rugi rase sebab tengok persembahan sorang2. Tiada kawan yang boleh terjemahkan persembahan2 tu. Dan tak bawa kamera pulak...sebab kebetulan keluar merayap ke Pasaraya Dayz Town petang tu.

Mula2 ade persembahan ala2 Hawaii. Memang tak dapat dinafikan org Jepun sangat taksub dengan Hawaii terutama bila mereka ade kawasan tropika sendiri di kepulauan Okinawa. Sehinggakan 40% daripada pasangan jepun telah memilih Hawaii utk berbulan madu. Dan Waikiki beach adalah kubu tumpuan mereka bilamana hampir semua pemamdu pelancong boleh berbahasa Jepun. Paling tidak sapaan Ohayo Gozaimasu (good morning) atau Konnichiwa (hello/good day/ good afternoon). Tahun lepas, seminggu di hawaii bersama rakan2 jepun yang lain, didapati mereka tidak mempunyai masalah bahasa di sana sungguhpun mereka tidak boleh berbicara inggeris memandangkan segala papan tanda ditulis di dalam kanji termasuklah tanda amaran di tapak binaan.

Tarian Hawaii dipersembahkan oleh makcik2 (kiri) dan anak2 gadis (kanan)


Sambung balik cerita pasal persembahan budaya jepun tadi. Dah abis 2-3 tarian hawaii, ade pulak persembahan puppet. Sayang tak pahan ape jalan ceritanya. Tapi dari gerak geri pelakon, sangat jelas jalan cerita berteraskan kisah cinta teruna dara, percintaan yang ditentang, ade adengan bercumbu dan bunuh membunuh. Memang tidak lari dari dongeng barat. Satu lagi pengaruh barat dalam budaya orang Jepun.



Seterusnya persembahan tarian tradisional Jepun. hmmm...memang sangat jepun. Semua langkah tarian adalah terlalu mudah dan ringan menonjolakan gerak lembut wanita jepun. Sehinggakan salah seorang penari telah menari secara solo dengan persembahan yang begitu menarik sehinggakan ia tidak ubah seperti penari patung untuk kotak muzik (versi jepun). Sebab walaupun dengan tarian yang ringan, gerak langkahnya sendiri mampu menyanyikan lagu muzik tersebut. Cewwah! itulah konsep kotak muzik! betul tak? hihihi...tak tahu la...macam betul kan...tapi fatwa tu hanya rekaan semata-mata....



Dah selesai makcik2 tu menari, sampai le ke persembahan terakhir dari seorang lelaki gagah perkasa si pemukul gendang (sebenarnya terlepas beberapa persembahan yang lain sebab masuk ke dalam pasaraya untuk membeli belah dan jajan2 untuk sambung menonton). Kelakar sebab di sebelah gendang yang paling besar, terletak bekas untuk derma barangkali. Memandangkan ia ditulis dalam bahasa Jepun, buat2 tidak faham sahaja....hihihi...Memang menarik persembahannya dengan aksi2 pelawak. Yang ni pn memang sangat Jepun.



Tidak dapat dinafikan, persembahan kebudayaan memang seronok. Tapi lebih best kalau dapat belajar budaya itu sendiri...cerita di sebalik persembahan...maksud di sebalik cerita...dan seterusnya nilai yang tersirat....

No comments:

Post a Comment