Menarik! sangat menarik! Menurut Berita Harian 13 jun 2010, satu kajian dari UPM telah mengesahkan kajian Indoor Air Quality (IAQ) yang dibuat mendapati paras Enviromental Tabacco Smoke (ETS) partikel terampai di ruang legar pejabat yang mempunyai bilik merokok mencatatkan bacaan 2.5 microgram permeter padu. Kadar itu adalah tinggi berbanding ruang pejabat yang biliknya ditutup atau diubahsuai menjadi surau.
Negara2 maju seperti UK dan USA telah meluaskan larangan merokok di dalam bangunan. Malah, menurut seorang kenalan dari Scotland, beliau yang merupakan perokok tegar sangat gembira tinggal di Jepun kerana masih bebas merokok di luar bangunan berbanding di negara beliau, UK yang mana merokok di kawasan umum sekalipun di luar bangunan adalah dilarang.
Pengalaman di Hawaii tahun lalu, perkara pertama yang diingatkan adalah larangan merokok di dalam bangunan dan kawasan orang ramai. Jika arahan dilanggar, kemungkinan kami akan ditangkap dan didenda. Ini jelas perkara ini diambil serius demi kepentingan orang awam (dan kepentingan duit belanja pelancong).
Di Jepun, tahun lalu, satu tindakan drastik diambil oleh kerajaan jepun larangan merokok di semua stesen keretapi. Bayangkan, sungguh pun sebelum itu di stesen keretapi, disediakan tempat khusus untuk merokok, tetap kerajaan berusaha untuk menyelamatkan rakyatnya yang tidak bersalah dari menanggung penderitaan akibat perbuatan orang2 yang tidak berhati perut itu. Tapi semuanya hanya dilakukan bilamana kualiti udara mereka sudah menjadi sangat2 tercemar!
Jika kita bandingkan dengan Malaysia, jauh sekali perbezaannya. Tiga minggu di Malaysia sehingga kelmarin, diperhatikan masyarakat kita kurang prihatin. Jelas kelihatan bilamana seorang bapa dengan selamba merokok di tengah orang ramai sambil memimpin tangan anaknya dan bergandingan dengan isterinya (andaian sahaja...nampak macam sekeluarga gayanya). Malah, jika di kawasan orang ramai, asap rokok setiasa dihidu di mana2 kecuali di dalam kedai2 di dalam mana2 shopping compleks.
Kesimpulannya, Malaysia perlu mangambil tindakan drastik sebelum kualiti udara kita tercemar yang amat.
(Terfikir2...apakah perasaan si perokok bila membaca artikel2 yang memberi amaran dan kesedaran akibat merokok...jika x memberi kesan..maka benarlah kata orang, rokok mengandungi sihir..yang menghitamkan hati2 si perokok sehingakan ditutup dari hidayah)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment