Over sikit tajuk di atas itu..bukan ape..tetiba terbakar je bace paper tadi..perokok dalam lingkungan 50-an bersama 2 rakannya dalam lingkungan 40-50an membelasah penolong pegawai kesihatan, 25 thn kerana mengeluarkan notis kompoun kerana merokok di kawasan larangan merokok iaitu di sebuah surau di dalam hospital, ekoran operasi kesihatan yg dibuat.
Geram sangat...dah la merokok, merokok di kawasan larangan merokok lagi, rokok dalam surau pulak tu, pastu belasah orang pulak. berganda2 kesalahan. Kadang pelik la, sesetengah tu lepas solat je terus merokok..apakah mereka2 ini tidak faham apa yang dibaca dalam solat...'kami dengar dan kami taat', sama maksudnya dengan mengikut perintah Tuhan untuk menjaga tubuh badan yang dikurniakan oleh Tuhan dan bertanggungjawab kepada keluarga, sahabat, dan masyarakat seluruhnya.
Memanglah terjemahan ayat itu tak menyebut 'jangan merokok'..tapi kan memang kalau merokok boleh membahayakan kesihatan..bukan sikit, banyak tau. Bukan sahaja kepada perokok itu sendiri, malah kepada orang sekeliling yang menghidu asap rokok tersebut. Bukak sahaja keluarga kita, malah keluarga orang lain juga turut menanggung akibatnya. Jika ia membahayakan tubuh kita, so tak boleh la merokok tu...nape dok isap gak? Dan kenapa dok jual jugak di Malaysia ni.
So, kesimpulan, memang rokok itu ade sihir la...sihir dajjal tu...susah sangat nak terima hidayah..hanya Tuhan sahaja yang boleh bantu...
Bukan xde cara nak berhenti merokok ni,ade sebenarnya...kalau kita yakin puncanya, iaitu sihir dajjal itu. So, ubatnya adalah zikir...bila2 dan di mana2...bila terasa nak rokok je..cepat2 capai tasbih yang di bawa ke mana2...the facts behind that? mudah je...
1. mulut kita tak henti2 dok zikir dan tangan dok pegang tasbih...so xde cara nak rokok kan? kalau boleh pegang tasbih dengan dua2 belah tangan...
2. zikir tu boleh dekatkan diri kita dengan Tuhan..kalau Tuhan dekat dengan kita, takkan la Dia nak biarkan kita dalam kerosakan.
3. Zikir memang ubat sihir...sihir camne? Bukan lah maksud sihir tu mesti meracau2 macam kene rasuk tu, kalau dah lalai dengan Tuhan hingga langgar perintah-Nya tanpa rasa berdosa ataupun seboleh2nya menafikan yang itu adalah perbuatan yang dilarang, maka samalah macam kene sihir. So, zikirlah ubatnya.
Tuhan, aku bermohon pada-Mu
aku merayu pada-Mu
Engkaulah yang Maha Pengasih
Engkaulah yang Maha Penyayang
Engkaulah yang Maha Pengampun
Engkaulah penerima taubat...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment